Laman Anti ISA - Bangunlah Mahasiswa!

Siri penangkapan ISA untuk para mahasiswa sedang rancak dijalankan, beberapa nama lagi sedang dalam senarai menunggu untuk diambil tindakan, beberapa orang pemimpin pelajar di UM, UKM, UIA, dan UPM telah digeledah bilik dan rumah kediaman mereka, beberapa lagi pensyarah turut diambil tindakan yang sama.

Tindakan ini dipercayai arahan terus Mahathir yang tidak mahu sebarang unsur kekuatan dari mana mana juga yang berpotensi menjatuhkan beliau, diakhir senja pemerintahannya- beliau terlalu takut andainya kerajaan zalimnya digulingkan. Belajar dari kes di negara jiran- beliau mengarahkan agar mahasiswa diambil tindakan. Penahanan Mohd Fuad, seorang pemimpin yang berkarisma dan terlibat beberapa gerakan mahasiswa adalah usaha awal untuk menahan lebih banyak lagi. Kita jangan terkejut jika selepas ini ada tuduhan yang kononnya beliau terlibat dalam pakatan untuk membakar DTC, atau apa apa lagi.

Ada andaian dari teman- kononnya DTC dibakar oleh polis cawangan khas- dibakar sebagai satu persedian untuk siri penahanan pemimpin pelajar. Adalah tidak pelik untuk mempercayai semua itu memandangkan pejabat salah seorang peguam DSAI- Zainur Zakaria pernah dimasuki oleh polis cawangan khas yang mengeledah serta memecahkan peti besi- semata mata untuk menghapuskan bukti, kereta dan rumahnya juga pernah dimasuki secara haram oleh polis cawangan khas.

Lalu diatas semua itu- kita merasakan perlu diadakan satu himpunan khas mahasiswa membantah penahanan ISA keatas para pemimpin pelajar ini. Satu gerakan besar besarkan mambawa mahasiswa akan diadakan di ibukota- satu gerakan yang bermula daripada hentian puduraya membawa sehingga ke masjid negara, dari masjid negara terus ke istana negara bagi meyerahkan memorendum mahasiswa kebawah duli tuanku. Himpunan terbesar mahasiswa ini akan diistiharkan sedikit masa lagi- setelah kita sebarkan mengenainya pada semua teman didalam kampus sekitar lembah klang.

Himpunan ini akan dihadiri oleh semua mahasiswa yang bencikan kezaliman dan menuntut hak kita sebagai warga negara sebuah negara demokasi. Hak dan kebebasan bersuara telah dinafikan dan kita sama sekali tidak akan berdiam diri. Mahasiswa akan kembalikan keagungan dan kegemilangan mahasiswa tahun 60 an.

Laman Anti Isa ini akan berperanan sebagai penghubung serta pemberi maklumat terus- mengenai perhimpunan mahasiswa tersebut. Dan laman ini akan mengeluarkan maklumat maklumat berhubung dengan tahanan terbaru ISA. Semoga setiap maklumat tersebut akan dicetak dan aderkan kepada semua mahasiswa diseluruh kampus, kepada semua rakyat diseluruh tempat diMalaysia. SELAMAT BERHIMPUN.

MAHASISWA MENUNTUT PERUBAHAN MENENTANG KEZALIMAN

-Pengurus Laman-
http://nt_isa.tripod.com

Kembali ke Laman Utama